HAPPY NEW YEAR...!!!!

.
Pejam celik...tahun 2012 ni dah genap 3 tahun Kelab Muay Boran KawanBoxx dilahirkan. Banyak aktiviti bakal diadakan tahun ni. Untuk makluman...gym kelab kita di Setiawangsa secara rasmi berpindah ke gym terbaharu di Setapak. Alhamdulillah...setelah lama berusaha dan berdoa...akhirnya dapat jugak kita memiliki gym sendiri serba lengkap dan dibina di tapak yang strategik. Terima kasih kepada geng Silat Gayung Fatani Setiawangsa dan peminat boran yang sudi bekerjasama sehingga kami dapat hidup berdikari seperti sekarang.

Untuk makluman semua, gym kita di Klang dibawah kawalselia oleh Aris (Facebook dia nama Kelang Chapter) skarng dalam proses pembaikan disebabkan masalah tanah becak dan banjir kebelakangan ini. Jadi jadual latihan terpaksa disusun semula dan penyertaan terpaksa dihadkan buat sementara. Bagi mereka yang tinggal di kawasan Cheras (Bandar Tun Razak), kelas boran juga diadakan di gym terbaru dibawah kawalseliaan Abg. Fauzi Abu Bakar. Sebarang makluman boleh call hotline 03-92746477.






Kelab jugak nak ucapkan tahniah kepada geng tomoi kat Danau Kota atas kejayaan menubuhkan Danau Muay Thai Club (DMC). Sok kalau gym korang dah siap jgn lupa ajak kitorang training skali. Semoga kewujudan lebih banyak kelab2 muay di KL ni bakal menggalakkan aktiviti sihat untuk semua!

3 comments:

Anonymous said...

Dekat setapak dekat mana ye?
X jumpe alamat

Anonymous said...

Salam..Dulu saya pernah masuk dekat setapak.Lepas tu saya berhenti untuk sementara.Bolehkah saya sambung semula?

Anonymous said...

Saya berminat untuk belajar muay boran ni untuk perlindungan keluarga. Di setapak ni dimana saya boleh belajar?